Archives for 

duit aktif

Apa Itu Pendapatan Aktif?

Apa itu Pendapatan Aktif @ Duit  Aktif? | Assalamualaikum & Salam Kejayaan rakan-rakan pembaca AyaNorbayah Dot Com. Hari ini Kak Aya ingin berkongsi tentang topik perniagaan dan pendapatan.

Apa Itu Pendapatan Aktif

Apa itu Pendapatan Aktif (Active Income)?

Maksud Pendapatan Aktif adalah pendapatan, keuntungan atau bayaran yang diperolehi setiap kali anda melakukan kerja. Tiada kerja, tiada bayaran.

Contoh  Pertama

Sebagai contoh pendapatan aktif adalah bertugas sebagai kakitangan atau penjawat awam atau swasta. Kak Aya bekerja sebagai seorang doktor perubatan. Kak Aya dibayar gaji selagi masih bertugas sebagai seorang doktor. Jika Kak Aya mengambil cuti melebihi dari cuti rehat yang dibenarkan, maka Kak Aya tidak akan dibayar gaji iaitu Cuti Tanpa Gaji.

Tiada kerja, tiada pendapatan. Huhu..

Contoh Kedua

Jika anda seorang peniaga, anda akan memperolehi keuntungan apabila jualan terhasil. Contohnya anda menjual pemanis gula Stevia di internet, maka anda hanya memperolehi keuntungan jika jualan pemanis gula Stevia terhasil.

Jika anda kerja lebih atau promosi besar-besaran, maka pendapatan aktif anda juga akan lebih. Jika anda buat kerja berkurangan, maka pendapatan anda juga akan berkurang.

Secara ringkas, pendapatan aktif adalah pendapatan yang dijana menggunakan masa dan tenaga yang banyak.

Jika kita sakit, tiada tenaga digunakan, maka pendapatan aktif juga tidak akan terhasil. Oleh itu, selagi kita masih sihat, maka kita perlu pandai menguruskan kewangan kita. Kita digalakkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan aktif yang kita perolehi. Setuju? ^^

Apapun kerja yang kita lakukan, minat ataupun tidak.. suka ataupun tidak..
Kita perlu melakukan kerja tersebut, bersungguh-sungguh agar rezeki yang kita perolehi diberkati-Nya.

Saya suka kata-kata motivasi Jim Rohn iaitu Pakar Motivasi Amerika.

“Always do more than you get paid for as an investment in your future”

Maksudnya buat sesuatu kerja bersungguh-sungguh dan lebih baik daripada nilai bayaran yang diterima sebagai pelaburan untuk masa hadapan iaitu pelaburan perkembangan diri kita sendiri. In Sha Allah.

Active Income Kak Aya sekarang adalah:

1. Gaji Doktor Perubatan
2. Peniaga Pemanis Semulajadi Stevia
3. Peniaga Simkad Toneplus

Anda pula bagaimana? ^^