Archives for 

billionaire

TOP 10 Orang Terkaya Di Malaysia 2017 / 2018

Siapa orang terkaya di Malaysia untuk tahun 2017 dan 2018? | Assalamualaikum & Salam Kejayaan, hari ini, Kak Aya ingin berkongsi 10 orang terkaya di Malaysia 2017 & 2018.

Orang Terkaya Di Malaysia 2017 / 2018

Apa kata anda lihat 10 Senarai Orang Terkaya Di Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018 di bawah ini:

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 10
Syed Mokhtar AlBukhary

Sumber Kekayaan Syed Mokhtar AlBukhary

Satu-satunya orang Melayu terkaya di Malaysia. Keuntungan bersih beliau adalah USD1.8 billion pada tahun 2017. Sehingga awal Januari 2018, keuntungan bersih Syed Mokhtar Al Bukhary telah mencecah USD 2.1 billion. Wow!

Syed Mokhtar Al-Bukhary telah berumur 66 tahun dan memiliki 5 orang anak. Sumber kekayaan beliau adalah daripada bidang kejuruteraan, tenaga dan pembinaan. Beliau juga telah mengasaskan Universiti Antarabangsa Al Bukhary. Beliau datang dari keluarga yang sederhana dan bermula dengan perniagaan beras. Beliau merupakan jutawan muslim yang sangat dikagumi.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 9
Tiong Hiew King

Sumber Kekayaan Tiong Hiew King

Tiong Hiew King berumur 82 tahun dan memiliki 4 orang anak. Beliau memiliki kekayaan USD 2 billion pada tahun 2017 dan sehingga awal Januari 2018, keuntungan bersih beliau adalah USD 1.99 Bilion. Tiong Hiew King terlibat dalam perniagaan kayu,minyak, gas, kelapa sawit, hartanah, perniagaan media cetak dan media digital. Beliau berasal dari keluarga yang miskin dan bekerja sebagai penoreh getah.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 8
Lau Cho Kun

Sumber Kekayaan Lau Cho Kun

Lau Cho Kun berumur 82 tahun dan mempunyai seorang anak. Beliau tinggal di Tawau, Sabah. Kekayaan bersih beliau pada tahun 2017 adalah USD 2.1 bilion. Sehingga awal Januari 2018, kekayaan bersihnya adalah USD 2.5 bilion. Lau Cho Kun terlibat dalam perniagaan hartanah (HAP  SENG) dan minyak kelapa sawit.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 7
Yeoh Tiong Lay

Sumber Kekayaan Yeoh Tiong Lay

Yeoh Tiong Lay berumur 88 tahun dan memiliki 7 orang anak. Sumber kekayaannya adalah dari perniagaan pembinaan, hartanah, hotel dan sumber tenaga. Kekayaan bersih Yeoh Tiong Lay pada tahun 2017 adalah USD 2.1 bilion dan sehingga awal Januari 2017, keuntungannya adalah USD 2.2 bilion.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 6
Lim Kok Thay

Sumber Kekayaan Lim Kok Thay

Lim Kok Thay berumur 66 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Sumber kekayaannya adalah sektor kasino dan permainan. Lim Kok Thay adalah pengerusi Genting Group. Kekayaan bersih pada tahun 2017 adalah USD 4.5 bilion.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 5
Lee Shin Cheng

Sumber Kekayaan Lee Shin Cheng

Lee Shin Cheng berumur 78 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Beliau berasal dari keluarga yang susah dan pernah berhenti sekolah pada umur 11 tahun untuk membantu keluarga dengan menjual ais krim sebelum menghabiskan semula persekolahannya. Sumber kekayaan Lee Shin Cheng adalah dalam perniagaan minyak kelapa sawit (IOI corp) dan hartanah. Jumlah kekayaan Lee Shin Cheng adalah USD 4.7 bilion pada tahun 2017 dan sehingga awal Januari 2018 kekayaan beliau adalah USD 5.3 bilion.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 4
Hong Piow Teh

Sumber Kekayaan Hong Piow Teh

Hong Piow Teh adalah orang paling kaya di Malaysia yang berumur 87 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Sumber kekayaan Hong Piow Teh adalah daripada perniagaan perbankan iaitu Public Bank. Jumlah kekayaan Hong Piow Teh adalah USD 4.8 bilion pada tahun 2017 dan sehingga Januari 2018 adalah USD 5.5 bilion.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 3
Ananda Krishnan

Sumber Kekayaan Ananda Krishan

Ananda Krishnan berumur 79 tahun dan memiliki 3 orang anak. Ananda Krishnan adalah orang ketiga terkaya di Malaysia pada tahun 2017 dengan jumlah kekayaannya adalah USD 6.5 bilion dan sehingga Januari 2018 adalah USD 7.3 bilion. Ananda Krishnan telah menjadi bilionair atau orang terkaya di dunia ke-219 pada tahun 2017. Sumber kekayaannya adalah perniagaan telco iaitu Maxis, media dan minyak.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 2
Quek Leng Chan

Sumber Kekayaan Quek Leng Chan

Quek Leng Chan adalah orang kedua terkaya di Malaysia dan orang paling kaya di dunia yang ke-202 untuk tahun 2017. Jumlah kekayaan beliau adalah USD6.8 bilion pada tahun 2017 dan sehingga awal Januari 2018 adalah USD7.6 bilion.

Quek Leng Chan berumur 76 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Sumber kekayaan Quek Leng Chan adalah perbankan iaitu Hong Leong Co. (Malaysia) dan hartanah.

Orang Terkaya Di Malaysia – NO 1
Robert Kuok

Sumber Kekayaan Robert Kuok

Robert Kuok berumur 94 tahun dan mempunyai 8 orang anak. Robert Kuok adalah orang paling kaya di Malaysia dan salah seorang billionaire di dunia yang ke 115 pada tahun 2017.

Sumber kekayaan Robert Kuok adalah daripada perniagaan minyak kelapa sawit, perkapalan, hartanah dan perhotelan.

Pada tahun 2017, jumlah bersih kekayaan beliau adalah USD 11.4 bilion dan setakat awal Januari 2018, Jumlah kekayaan beliau adalah USD14.6 bilion.

Senarai orang terkaya di Malaysia 2017/2018 adalah berdasarkan ranking di Forbes. Semua orang ingin kaya, ingin jadi jutawan Malaysia dan sudah pasti ingin menjadi billionaire Malaysia. Tidak salah untuk kita berimpian, yang penting kena usaha dan boleh ikut langkah atau nasihat-nasihat daripada orang-orang yang telah berjaya. Setuju?

Antara 10 orang terkaya di atas, siapa orang yang paling anda kagumi?